Friday, 27 May 2016

TAKWIM SEKOLAH




HARI KANTIN SEKOLAH MENENGAH SAINS PASIR PUTEH

Hari Kantin Amira

LAPORAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG SABUN


Pada 23 Januari 2010, Persatuan Kemahiran Hidup Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh telah mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang sabun di Kuala Lumpur. 30 orang ahli persatuan dan 3 orang guru pengiring terlibat dalam rombongan tersebut.


           Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan para pelajar tentang proses membuat sabun. Justeru, akan menambahkan ilmu pengetahuan serta memupuk semangat keusahawanan para pelajar. Peserta bertolak pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki bas yang disewa khas. Mereka sampai ke kilang sabun itu pada pukul 9.30 pagi. Ketibaan mereka disambut oleh beberapa orang pegawai kilang. Kemudian, satu taklimat ringkas tentang kilang tersebut disampaikan oleh salah seorang pegawai kilang tersebut.

           Selepas itu para peserta dibawa ke beberapa bahagian memproses sabun. Sebahagian besar kerja memproses sabun ini dilakukan oleh mesin yang berteknologi tinggi. Pekerja-pekerja di kilang tersebut memakai pakaian seragam yang berwarna hijau dan sarung tangan ketika bekerja. Di situ, ramai peserta mengambil kesempatan menyoal beberapa orang pekerja kilang yang sedang bertugas dan mereka dilayan dengan mesra.   
     
            Pada pukul 11.00 pagi, para peserta dibawa ke bahagian pembungkusan sabun. Di situ terdapat pelbagai jenama sabun seperti Lux, Protex dan Okchid dibungkus dengan mesin yang canggih. Kemudian Pada pukul 12.30 tengah hari, semua peserta diberi sedikit jamuan ringan di kantin kilang tersebut.

              Para peserta bertolak balik pada pukul 2.00 petang. Mereka diberi sebuku sabun setiap seorang sebagai cenderamata oleh pihak kilang. Guru pengiring iaitu Cikgu Aisyah telah menyampaikan cenderamata kepada pengurus kilang sebagai tanda penghargaan. Para peserta dilihat sangat seronok menyertai rombongan ini kerana mendapat banyak pengetahuan serta dapat melihat sendiri cara-cara membuat sabun.

Laporan disediakan oleh,                                                                25 Januari 2010

                                                                                           
..................................................
(Puan Nurain Amira Binti Mohd Suari)
Penasihat,
Persatuan kemahiran Hidup   

GAMBAR-GAMBAR FERTIGASI





SEKTOR PERTANIAN PENYUMBANG TRANSFORMASI NEGARA

KUALA LUMPUR 22 April 2011 - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, adalah amat penting untuk melihat perkembangan sektor pertanian dalam konteks sumbangan kepada transformasi negara yang sedang giat diperjuangkan kerajaan ketika ini.
Sektor pertanian juga, kata Perdana Menteri, merupakan sebahagian daripada agenda transformasi negara yang berdasarkan kepada perancangan tersusun dan sistematik serta bersifat menyeluruh.
''Jangan hendaknya ada di kalangan kita yang salah tanggapan bahawa kerajaan hanya memberi tumpuan kepada sektor korporat atau pembangunan di sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur sahaja.
''Tetapi perubahan dan transformasi besar ini mesti juga meliputi kawasan luar bandar di seluruh tanah air," katanya ketika berucap merasmikan Hari Perhimpunan Petani, Penternak Dan Nelayan Kebangsaan 2011 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di sini hari ini.
Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.
Pada majlis sama Najib turut melancarkan pasukan Kor Tani iaitu kumpulan yang terlibat secara langsung dalam pelbagai aktiviti pertanian dan portal AgriBazaar bertujuan mempromosikan perniagaan dan perdagangan antara pengeluar serta pembekal produk dan hasil pertanian secara atas talian.
Najib menambah, selaras dengan penekanan kerajaan terhadap sektor pertanian itu juga, adalah penting untuk kerajaan melihat tiga ancaman jangka panjang dalam sektor itu yang tidak hanya dihadapi oleh Malaysia malah oleh seluruh negara.
Tiga ancaman itu kata Najib, adalah jaminan bekalan makanan dan peningkatan harga barangan makanan, jaminan bahan tenaga serta cabaran kepanasan global dan perubahan iklim.
''Justeru, adalah penting untuk memastikan sejauh mana kita sebagai sebuah negara mampu membuat persediaan dan perancangan untuk mengurangkan kesan daripada ancaman utama global itu terhadap sektor pertanian negara," jelas beliau.



© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, 26 May 2016

MARI BELAJAR SAINS TANAH



Sebagai pelajar yang mengambil kursus Sains Pertanian, Sains Tanah merupakan salah satu subjek yang tidak asing lagi. Di sini, saya mengajar berkenaan dengan profil tanah. Topik ini merupakan salah satu topik signifikan yang harus dipelajari dan difahami sebaik mungkin oleh pelajar Sains Pertanian. 

Tanah mengambil masa yang lama untuk terbentuk. Horizon-horizon yang menyusun profil tanah dari atas ke bawah adalah horizon O, A, B, C, dan D atau R (bed rock). Adapun horizon yang menyusun solum tanah hanya terdiri atas horizon A dan B. Secara mendalamnya adalah seperti berikut:



Horizon O
Horizon ini dapat ditemukan pada tanah-tanah hutan yang belum terganggu. Horizon O merupakan horizon organik yang terbentuk di atas lapisan tanah mineral.

Horizon A
Disebut juga lapisan topsoil. Lapisan ini merupakan lapisan tanah bagian atas, memiliki ketebalan rata-rata 20-35 cm. Horizon a masih realtif subur karena masih dekat dengan lapisan humus. Warna tanah pad alapisan ini masih cenderung gelap kehitaman hingga coklat tua. 

Horizon B
Disebut juga lapisan subsoil. Tingkat kesuburan lapisan ini mulai berkurang dan dicirikan warnanya yang mulai merah kekuningan. Horizon ini juga merupakan batas akar tanaman terbawah.

Horizon C
Merupakan lapisan sisa batuan induk yang melapuk/regolith. 
Horizon R/Bedrock
Disebut juga regolith atau lapisan batuan induk. Lapisan ini merupakan bagian terbawah.